Ismul A’zam Menurut Pendapat Imam Al-Ghazali

Imam Abi Hamid Al-ghazali menerangkan dalam kitabnya Al-maqshadul asna syarhi asmua illahil Husna, halaman 82:
Sebuah wirid menerangkan, Rasulullah SAW berkata: Ismul a’zam terdapat dalam dua buah ayat. Pertama ayat “Wa ilaa hukum… sampai akhir (Ar-Rahmin)”.
Dan kedua, ayat permulaan surah Ali imran, iaitu “Alif laaam miin… sampai akhir (alqayyuum)”.

Selain itu Imam Al-ghazali menerangkan: ada sebuah hadits yang menerangkan bahawa pada suatu peristiwa Rasulullah SAW mendengar seseorang yang mengucapkan doa seperti yang tersebut diatas lalu Rasulullah SAW berkata: “demi diriku yang dijadikan Allah, sesungguhnya dia berdoa dengan ismul a’zam. Apabila meminta dengannya nescaya diberi Allah dan apabila berdoa dengannya, nescaya diperkenan Allah”

Surah Al-Baqara - Ayat 163


(163) Dan Tuhan kamu ialah Tuhan Yang Maha Esa; tiada Tuhan (Yang berhak disembah) selain dari Allah Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Surah Ali Imran - Ayat 1 – 2


(1) Alif, Laam, Miim. (2) Allah tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Tetap Hidup, Yang Kekal selama-lamanya mentadbirkan sekalian makhlukNya.



ke: Halaman Utama
ke: Artikel

Cetak Artikel!