Temuduga Mati

Sabda Rasulullah Saw:
"Sesungguhnya apabila jenazah seseorang itu diletakkan di dalam kuburnya, sesungguhnya jenazah itu mendengar suara terompah (kasut) orang-orang yang menghantarnya ke kubur pada saat mereka meninggalkan tempat itu."
(Hadis Hasan yang diriwayatkan oleh Ahmad Hanbal)

Jika mayat itu seorang muslim, maka solat yang dilakukannya ketika beliau masih hidup di dunia akan diletakkan dikepalanya, puasanya diletakkan disebelah kanannya, zakatnya diletakkan di sebelah kirinya dan amalan kebajikan daripada sedekah, silaturrahim, perkara kebajikan dan ihsan diletakkan di hujung dua kakinya.

Ia akan didatangi malaikat dari aras kepala. Maka solat itu berkata kepada malaikat: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kanan, maka puasa berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian malaikat berpindah ke sebelah kiri, maka zakat berkata kepadanya: dari arasku tidak ada jalan masuk. Kemudian didatangi dari arah kedua hujung kakinya dan berkatalah amal kebajikan: di bahagianku tidak ada jalan masuk.

Maka malaikat berkata kepadanya:
Duduklah kamu. Kepadanya (mayat) diperlihatkan matahari yang sudah mula terbenam, lalu malaikat bertanya kepada mayat itu: Apakah pandangan kamu tentang seorang laki- laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Tinggalkan aku sebentar, aku hendak sembahyang.

Maka berkata malaikat:
Sesungguhnya engkau akan mengerjakan solat (boleh saja solat) tetapi jawab dahulu apa yang kami tanya ini. Apakah pandangan kamu tentang seorang laki- laki (Muhammad) yang kamu dahulu sentiasa bercakap tentangnya; dan bagaimana penyaksian kamu kepadanya?

Maka berkata mayat itu:
Laki-laki itu ialah Nabi Muhammad SAW dan aku naik saksi bahawa Nabi Muhammad SAW itu ialah pesuruh Allah yang membawa kebenaran daripada Allah Subhanahu Wata'ala.

Maka malaikat berkata kepada mayat itu: Demikianlah kamu dihidupkan dan begitu juga kamu dimatikan dan dengan demikian juga kamu dibangkitkan semula di akhirat Insya'Allah.

Kemudian dibuka baginya satu pintu syurga, maka dikata padanya itulah tempat kamu dan itulah janji Allah bagi kamu dan kamu akan berada di dalamnya. Maka bertambahlah gembira mayat itu. Kemudian dilapangkan kuburnya seluas 70 hasta dan disinari cahaya baginya.

Nampaknya pertahanan kita perlu kuat dari semua aras (kepala, kanan, kiri dan hujung kaki). Semoga menjadi tips bagi kita semua apabila tiba waktunya,
Insya'Allah.

Empat Ganjaran Lumayan
1. Nikmat kubur
2. Perlindungan di Padang Mahsyar
3. Keselamatan Meniti Titian Sirat
4. Syurga yang kekal abadi

Lokasi Temuduga:
Di dalam kubur (alam barzakh)

Kelayakan:
Anda tidak perlu bawa siji- sijil
Anda tidak perlu bawa pingat
Anda tidak perlu bawa wang atau harta (yang banyak)
Anda tidak perlu berparas rupa yang cantik, hensem atau berbadan tegap atau seksi
(Sila bawa dokumen asal Iman dan Amal)

Panel / Penemuduga:
Mungkar dan Nakir (Bertauliah)
*Enam soalan utama yang mudah akan disoal*

1.Siapa Tuhan anda?
2.Apa Agama anda?
3.Siapa Nabi anda?
4.Apa Kitab anda?
5.Di mana Kiblat anda?
6.Siapa Saudara anda?

Cara Memohon:
Anda cuma perlu menunggu penjemput yang berkaliber untuk menjemput anda. Ia akan menjemput anda pada bila-bila masa saja (mungkin sekejap lagi). Ia akan berlembut kepada orang-orang tertentu dan akan bengis kepada orang-orang tertentu. Ia diberi nama (Malaikat Maut) Izrail.

SEMOGA BERJAYA & SELAMAT MENJAWAB

Nota: Soalan-soalan temuduga ini telah dibocorkan

FORWARDKAN EMAIL INI SEMOGA ANDA MENDAPAT PAHALA BERDAKWAH...
Penyambung persahabatan dan penyampai maklumat

Pucuk pauh delima batu Anak sembilang di tapak tangan Walau jauh beribu batu Hilang di mata di email jangan

" Hai anakku, bukanlah sesuatu
kebaikan namanya apabila engkau selalu
mencari ilmu tetapi tidak engkau
mengamalkannya. Hal itu tidak ubahnya
seperti orang yang mencari kayu bakar,
setelah banyak terkumpul maka
dia
tidak mampu memikulnya, padahal dia
masih terus mengumpulkannya."

-Luqman Al Hakim-



Sumber Asal: Email
ke: Halaman Utama
ke: Artikel


Asma Ul Husna


Senarai Lengkap

Hadis:

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Dua orang lelaki telah bersin berhampiran Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w mendoakan kepada salah seorang dari keduanya tetapi tidak mendoakan kepada lelaki yang kedua. Maka lelaki yang tidak didoakan oleh Rasulullah s.a.w berkata: Semasa dia bersin engkau doakan untuknya (tetapi) semasa aku bersin engkau tidak doakan untukku. Rasulullah s.a.w menjawab: Dia mengucapkan Alhamdulillah sedangkan engkau tidak mengucapkan Alhamdulillah.

Renungan:

Jaringan:

KeretaMayat Lawat
BicaraSufi.com Lawat
Halaqah.net Lawat
TubuhKosong Lawat