Pembahagian surah Al Fatihah antara Tuhan dengan hambaNya

Berkata Ubay bin Ka'ab r.a bahwasanya Nabi s.a.w telah bersabda: Allah telah berfirman:

"Wahai anak Adam! Aku telah turunkan tujuh ayat. Tiga daripadanya untuk Aku, dan tiga untuk engkau.
Sementara yang satu lagi antara Aku dan engkau.
Adapun tiga yang untuk Aku, iaitu: Alhamdulillaahi Rabbil Aalamiin (Segala pujian bagi Allah, Tuhan seru sekalian alam).
Ar-RahmaanirRahiim (Yang Maha Pengasih Maha Penyanyang). Maaliki Yaumiddiin (Yang menguasai hari kiamat).
Yang antara Aku dan engkau ialah: Iyyaaka Na'budu Wa Iyyaaka Nasta'iin (Hanya kepada Engkau sajalah kami menyembah, dan kepada Engkaulah pulalah kami meminta pertolongan). Daripadamulah penyembahan, dan atas Aku pula pertolongan.
Dan yang tiga untuk engkau ialah: Ihdinash-shiraathal Mustaqiim (Tunjukilah kami jalan yang lurus!)
Shiraathal ladziina An'amta alaihim (Jalan orang-orang yang Engkau kurniakan nikmat kepada mereka).
Ghairil Maghduubi alaihim waladh-Dhaalliin (Bukan mereka yang dimurkai dan bukan pula mereka yang sesat.)"
(Riwayat Thabarani)

Di nukil dari buku: Hadis Qudsi - Syed Ahmad Semait

ke: Halaman Utama
ke: Artikel


Asma Ul Husna


Senarai Lengkap

Hadis:

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Dua orang lelaki telah bersin berhampiran Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w mendoakan kepada salah seorang dari keduanya tetapi tidak mendoakan kepada lelaki yang kedua. Maka lelaki yang tidak didoakan oleh Rasulullah s.a.w berkata: Semasa dia bersin engkau doakan untuknya (tetapi) semasa aku bersin engkau tidak doakan untukku. Rasulullah s.a.w menjawab: Dia mengucapkan Alhamdulillah sedangkan engkau tidak mengucapkan Alhamdulillah.

Renungan:

Jaringan:

KeretaMayat Lawat
BicaraSufi.com Lawat
Halaqah.net Lawat
TubuhKosong Lawat