Solat Tasbih

Solat Tasbih boleh dilakukan pada bila bila masa tidak terikat pada waktu dan sebab yang khusus. di anjurkan solat seminggu sekali atau sebulan sekali.

Rasulullah s.a.w pernah bersabda kepada Abbas bin Abdul Mutalib r.a: "Mahukah aku berikan sesuatu, mahukah aku istimewakan dengan sesuatu bila dilakukan Allah SWT akan mengampuni dosa dosa yang pertama sampai yang akhir, dosa yang lama dan dosa yang baru, yang sengaja atau tidak sengaja, yang rahsia atau yang nyata? Solatlah empat rakaat dan rahsia setiap rakaat membaca Al-Fatihah dan surah yang disukai. Selepas itu bacalah (masih berdiri rakaat pertama):
Subhanallah Walham dulillah Wala ilaha illallah Wallahu akbar
(Maha Suci Allah, dan segala puji pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan melainkan Allah dan Allah Maha Besar)
sebanyak lima belas kali, kemudian membaca tasbih sepuluh kali ketika rukuk, sepuluh kali bila berdiri dari rukuk, sepuluh kali pada waktu sujud, sepuluh kali ketika duduk antara dua sujud, sepuluh kali bila sujud kedua.(sebelum berdiri melakukan rakaat kedua, hendaklah duduk sekejap dan melafazkan tasbihnya sepuluh kali)
Jumlahnya tujuh puluh lima kali pada setiap rakaat. Ulanglah seperti rakaat pertama untuk rakaat kedua, ketiga dan keempat. Sekiranya dapat melakukannya setiap hari, lakukanlah. Jika tidak dapat, lakukan sekali dalam seminggu, kalau tidak boleh, lakukan sekali dalam sebulan atau sekali dalam setahun. (kalau setahun sekali pun tidak sanggup kerjakanlah sekali dalam seumur hidup.)

Rakaat pertama Surah Al Fatihah & Surah pilihan
(masih berdiri rakaat pertama) Subhanallah Walham dulillah Wala ilaha illallah Wallahu akbar 15x
Rukuk membaca tasbih 10x
Berdiri dari rukuk membaca tasbih 10x
Sujud pertama membaca tasbih 10x
Duduk antara dua sujud membaca tasbih 10x
Sujud kedua membaca tasbih 10x
Duduk sekejap membaca tasbih 10x
Jumlah: 75x


Jumlah: 75 tasbih x 4 rakaat = 300 tasbih
(Hendaklah ingat ketika duduk tahiyat akhir, sebelum membaca tahiyat, hendaklah melafazkan tasbihnya dahulu sebanyak sepuluh kali)

  • Solat Sunat tasbih waktu siang dilakukan empat rakaat dengan satu salam.
    "Sahaja aku Solat Sunat Tasbih empat rakaat kerana Allah Ta'ala"
  • Solat Sunat tasbih waktu malam dilakukan empat rakaat dengan dua salam, iaitu tiap dua rakaat dengan satu salam.
    "Sahaja aku Solat Sunat Tasbih dua rakaat kerana Allah Ta'ala."

Dinukil dari:
Rahsia Hakikat Solat - Imam Al-Ghazali .:ms202
75 Solat Solat Sunat - Drs. Abd. Rahman Mat .:ms33


ke: Halaman Utama
ke: Artikel


Asma Ul Husna


Senarai Lengkap

Hadis:

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

Renungan:

Jaringan:

KeretaMayat Lawat
BicaraSufi.com Lawat
Halaqah.net Lawat
TubuhKosong Lawat