Kebesaran Solat Dua Rakaat

Allah selesai menciptakan Jibrail a.s dengan bentuk yang cantik dan Allah menciptakan pula baginya 200 sayap yang panjang. Sayap itu antara timur dan barat.

Selepas itu Jibrail a.s memandang dirinya sendiri dan berkata "Wahai Tuhanku, adakah Engkau menciptakan makhluk yang lebih baik daripadaku?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Tidak." Kemudian Jibril a.s berdiri dan bersolat dua rakaat kerana syukur kepada Allah dan setiap rekaat itu tempohnya 20,000 tahun.

Selepas Jibril a.s solat, Allah berfirman yang bermaksud: "Wahai Jibril, kamu sudah menyembah Aku dengan ibadat yang bersungguh sungguh dan jika tidak ada seorangpun yang menyembah kepadaKu seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir zaman nanti akan ada seorang nabi yang mulia yang paling Aku cintai, namanya Muhammad.

Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa. Sekiranya mereka itu mengerjakan solat dua rakaat dan mereka dalam keadaan lupa serta serba kekurangan, fikiran mereka melayang dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaanKu dan ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu Aku lebih sukai dari solatmu itu.

Kerena mereka mengerjakan solat atas perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu." Kemudian Jibril a.s berkata "Ya TuhanKu, apakah yang Engkau hadiahkan kepada mereka sebagai imbalan?" Lalu Allah berfirman yang bermaksud: "Ya Jibril, akan Aku berikan syurga Ma'wa sebagai tempat tinggal."

Sesungguhnya Allah menyembunyikan enam perkara:

  • Allah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
  • Allah menyembunyikan murkaNya dalam maksiat.
  • Allah menyembunyikan namaNya yang Maha Agung di dalam Al-Quran.
  • Allah menyembunyikan Lailatul Qadr didalam Ramadhan.
  • Allah menyembunyikan solat yang paling utama di dalam solat (lima waktu).
  • Allah menyembunyikan (tarikh berlaku) hari kiamat di dalam semua hari.

Sumber: -


ke: Halaman Utama
ke: Artikel


Asma Ul Husna


Senarai Lengkap

Hadis:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Wanita dinikahi karena empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya / keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.”
Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, an Nasaai dan Ibnu Majah

Renungan:

Jaringan:

KeretaMayat Lawat
BicaraSufi.com Lawat
Halaqah.net Lawat
TubuhKosong Lawat