Rukun Islam lima perkara:

  • 1. Mengucap dua Kalimah Syahadah
  • 2. Mendirikan Solat
  • 3. Mengeluarkan Zakat
  • 4. Berpuasa dalam Bulan Ramadhan
  • 5. Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan

1. Mengucap dua Kalimah Syahadah


Ertinya: "Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad Persuruh Allah"

2. Mendirikan Solat

Ibadah yang mengandungi perkataan dan perbuatan tertentu, dimulai dengan takbiratul-ihram dan diakhiri dengan salam. Ianya ditunaikan oleh seorang Muslim yang suci bersih daripada sebarang hadas dan najis, dan ditunaikan dalam sehari semalam sebanyak lima kali pada waktu-waktu Zohor, Asar, Maghrib, Isya dan Subuh.

3. Mengeluarkan Zakat

Ibadah yang negeluarkan sebahagian harta pendapatan untuk diberikan kepada orang yang tertentu seperti fakir dan miskin, setelah cukup syarat-syarat wajibnya.

4. Berpuasa Dalam Bulan Ramadhan

Ibadah yang menahan diri dari perkara-perkara yang membatalkan puasa dan menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar hingga terbenam matahari disertakan dengan niat. Ianya wajib ditunaikan selama sebulan dalam bulan Ramadhan engikut syarat-syarat yang ditentukan.

5. Menunaikan Haji bagi yang berkemampuan

Ibadah yang wajib ditunaikan di Mekah sekali dalam seumur hidup ke atas yang mampu menunaikannya mengikut syarat-syarat yang ditentukan.

Penerangan

Rukun Islam adalah perkara yang amat penting dilaksanakan supaya seseorang itu menjadi muslim sejati. Ibadah-ibadah yang terkandung didalamnya adalah yang paling utama untuk menghubungkan manusia dengan Allah dan menghubungkan sesama manusia.
Ianya jika ditunaikan mengikut cara yang dimaksudkan, akan meninggalkan kesan yang amat positif bagi membangunkan diri, masyarakat bahkan alam ini seluruhnya.

Di nukil dan di edit dari buku: Penilaian Perkara Asas Fardhu 'Ain (PAFA)

ke: Halaman Utama
ke: Artikel


Asma Ul Husna


Senarai Lengkap

Hadis:

Hadis Abu Hurairah r.a: Rasulullah s.a.w bersabda: “Doa seseorang itu akan dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: Aku berdoa tetapi tidak dimakbulkan.”

Renungan:

Jaringan:

KeretaMayat Lawat
BicaraSufi.com Lawat
Halaqah.net Lawat
TubuhKosong Lawat