Rukun Iman enam perkara:


  • 1. Beriman dengan Allah
  • 2. Beriman dengan Malaikat
  • 3. Beriman dengan Kitab
  • 4. Beriman dengan Rasul
  • 5. Beriman dengan Hari Kiamat/Akhirat
  • 6. Beriman dengan Qadha dan Qadar

1. Beriman dengan Allah

Percaya dengan sesungguhnya (membenarkan dengan hati dan mengaku dengan lidah) tentang kewujudan dan kekuasaan Allah s.w.t serta melaksanakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.


2. Beriman dengan Malaikat

Percaya dengan sesungguhnya bahawa Allah telah mencipta Malaikat daripada Cahaya, bukan lelaki mapun perempuan dan tidak bernafsu untuk makan, tidur, berkelamin dan sebagainya. Mereka sentiasa taat menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah s.w.t.

Malaikat yang wajib dipercayai secara tafsili
Jibril Menyampaikan wahyu
Mikail Membawa Rezeki
Israfil Meniup sangkakala
Izrail Mencabut nyawa
Munkar Menyoal mayat di dalam kubur
Nakir Menyoal mayat di dalam kubur
Raqib Mencatit amalan kebajikan
Atid Mencatit amalan kejahatan
Malik Menjaga pintu neraka
Ridwan Menjaga pintu syurga

3. Beriman dengan Kitab

Percaya dengan sesungguhnya bahawa Allah telah menurunkan kitab kitab kepada Rasul Rasulnya, sebagai panduan (kepada mereka dan umatnya) menjalani kehidupan sebagai Khalifah di atas muka bumi ini, seterusnya mencapai kebahagiaan hidup di dunia dan di akhirat nanti.

Kitab Samawi
Al Quran Injil Zabur Taurat
Nabi Muhammad - Dalam Bahasa Arab Nabi Isa - Dalam Bahasa Siryani Nabi Daud - Dalam Bahasa Qibti Nabi Musa - Dalam Bahasa Ibrani

4. Beriman dengan Rasul

Percaya dengan sesungguhnya bahawa Allah telah mengutuskan (memilih) bagi setiap golongan manusia beberapa orang Rasul, bermula dari Adam a.s kepada Nabi kita Muhammad s.a.w. Mereka adalah dari orang orang lelaki yang diberi Wahyu (panduan) untuk memimpin manusia ke jalan yang benar/diredhai Allah.

1. Adam 2. Idris 3. Nuh 4. Hud 5. Saleh
6. Ibrahim 7. Luth 8. Ishak 9. Ismail 10. Ya'qub
11. Yusuf 12. Ayub 13. Syu'aib 14. Harun 15. Musa
16. Ilyasa' 17. Zulkifli 18. Daud 19. Sulaiman 20. Ilyas
21. Yunus 22. Zakaria 23. Yahya 24. Isa 25. Muhammad s.a.w

5. Beriman dengan Hari Kiamat

Percaya dengan sesungguhnya bahawa selepas kehidupan didunia hari ini., kita semua akan mati dan suatu hari nanti alam ini juga akan hancur/musnah yang dinamakan Kiamat, selepas itu manusia semua akan dihitung segala amalan mereka sama ada baik atau jahat yakni taat atau maksiat, kemudian akan diberi balasan. Yang baik/taat dibalas ke syurga dan yang jahat/durhaka akan dibalas ke neraka.


6. Beriman dengan Qadha dan Qadar

Percaya dengan sesungguhnya bahawa segala galanya ditentukan oleh Allah sejak azali lagi (yakni sebelum sesuatu/alam dijadikan), kemudian Allah melaksanakan satu demi satu termasuk diri kita, mengikut sebagaimana yang ditetapkan.

  • - Erti Qadha adalah perlaksanaan setiap satu perkara
  • - Erti Qadar pula adalah ketentuan setiap satu perkara

Oleh itu percaya kepada Qadha dan Qadar adalah setiap perkara yang terjadi itu adalah kehendak dan ketentuan Allah.

Di nukil dan di edit dari buku: Penilaian Perkara Asas Fardhu 'Ain (PAFA)

ke: Halaman Utama
ke: Artikel


Asma Ul Husna


Senarai Lengkap

Hadis:

Diriwayatkan dari Abu Hurairah r.a, ia berkata: Rasulullah saw bersabda: “Wanita dinikahi karena empat perkara: kerana hartanya, kerana kedudukannya / keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya. Maka, pilihlah yang baik agamanya niscaya engkau beruntung.”
Diriwayatkan oleh al-Bukhari, Muslim, Abu Dawud, an Nasaai dan Ibnu Majah

Renungan:

Jaringan:

KeretaMayat Lawat
BicaraSufi.com Lawat
Halaqah.net Lawat
TubuhKosong Lawat