Penawar Keresahan Hati



DESTINASI TERAKHIR... hanya amal soleh, sedekah jariah,
ilmu yang dimanfaatkan jadi bekalan selepas mati kelak.

Kubur setiap hari menyeru manusia sebanyak lima kali:

i. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca al-Quran.

ii. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

iii. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

iv. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

v. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka perbanyakkanlah bacaan La ilahaillallah, Muhammadur Rasulullah supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Lima jenis racun dan lima penawarnya:

i. Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.

ii. Harta itu racun, zakat itu ubatnya.

iii. Perkataan yang sia sia itu racun, zikir itu ubatnya.

iv. Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.

v. Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: ada empat dipandang sebagai ibu, iaitu:

i. Ibu dari segala ubat ialah sedikit makan.

ii. Ibu dari segala adab ialah sedikit berbicara.

iii. Ibu dari segala ibadat ialah takut melakukan dosa.

iv. Ibu dari segala cita cita ialah sabar.

Orang yang tidak melakukan solat:

Subuh: dijauhkan cahaya muka yang bersinar.

Zuhur: Tidak diberikan berkat dalam rezekinya.

Asar: Dijauhkan daripada kesihatan dan kekuatan.

Maghrib: Tidak diberikan santunan oleh anak anaknya.

Isyak: Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya.


Sumber Asal: Ad-Din Variasi

ke: Halaman Utama
ke: Artikel


Asma Ul Husna


Senarai Lengkap

Hadis:

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Dua orang lelaki telah bersin berhampiran Nabi s.a.w, lalu Rasulullah s.a.w mendoakan kepada salah seorang dari keduanya tetapi tidak mendoakan kepada lelaki yang kedua. Maka lelaki yang tidak didoakan oleh Rasulullah s.a.w berkata: Semasa dia bersin engkau doakan untuknya (tetapi) semasa aku bersin engkau tidak doakan untukku. Rasulullah s.a.w menjawab: Dia mengucapkan Alhamdulillah sedangkan engkau tidak mengucapkan Alhamdulillah.

Renungan:

Jaringan:

KeretaMayat Lawat
BicaraSufi.com Lawat
Halaqah.net Lawat
TubuhKosong Lawat