Hal hal yang dihadapi ketika Solat

Niat yang was was.

Tidak tahu tentang syariat atau terdapat unsur kelainan dalam akal adalah penyebab was was niat solat.

Taat perintah perintah Allah SWT dapat diibaratkan seperti orang yang taat kepada perintah siapa sahaja selain Allah. Begitu juga pengagungan terhadap-Nya dapat dimisalkan seperti pegagungan terhadap siapa sahaja selainNya (iaitu ansur kesengajaan dalam melakukan sesuatu). Misalnya ketika seorang alim masuk, sekiranya seseorang itu bangun dan ambil berkata "Saya meniatkan berdiri tegak pada waktu sekarang sebagai pernghormatan pada si anu yang alim dan mulia demi kemuliaannya dapat tepat saat ia masuk, sambil menghadap wajahku kepadanya."

Ucapan tersebut menunjukkan tanda tanda akalnya tidak waras.

Maka dari segi kewarasan, yang mendorong seseorang bangun berdiri menghormati ketika seseorang berjalan masuk (ia telah mengetahui kemuliaan orang yang masuk itu) adalah berdasarkan atas kemahuan (atau keinginannya) untuk menghormati orang itu. Oleh itu dengan cara bangun sendiri sudah dianggap menghormati orang tersebut.

Begitu juga dengan solat, sudah ditetapkan jenis dan waktu solat (pada masa berniat) misalnya, solat fardhu Zuhur dilakukan pada waktu yang telah ditetapkan istilah Fekah disebut 'ada-an,' bukan 'qadha-an' samalah (ibarat) seperti isyarat berdiri menghormati seorang pembesar negara.

Sekiranya orang tersebut berdiri sambil membelakangkan wajah dan badannya (kearah lain) atau ia sengaja lambat bangun, maka cara itu tidak dapat disebut menghormati orang tersebut.

Sifat sifat dan syarat syarat memberi penghormatan kepada orang tersebut memang sudah dimaklumi dan sudah menjadi tujuan orang yang melakukannya, semua ini akan terlintas dengan cepat dalam hatinya. Cuma susunan kalimat niat yang diucapkan dengan lisan atau berusaha menghadirkan dalam hati yang akan mengambil masa yang agak lama.

Orang yang tidak faham niat solat dengan pengertian tersebut, seolah olah ia tidak mengerti tentang hakikat niat itu sendiri. Padahal niat itu suatu perkara yang mudah. Sekiranya anda diminta untuk solat, maka anda terus bangun solat (tanpa bersusah payah memikirkan apa yang hendak dilakukan).

Jadi dapatlah dirumuskan kesimpulan bahawa was-was itu tidak lain adalah suatu bentuk kebodohan atau kebodohan yang semula jadi.

Pada hakikatnya niat dan tujuan solat akan terhimpun secara bersamaan atau sekaligus dalam hati seseorang bukannya terurai atau terpisah dalam hati.

Dalam kenyataan tidaklah sama antara sesuatu yang hadir dalam hati dengan huraian dalam fikiran. Kehadiran adalah lawan daripada kepergian dan kelalaian. Pengetahuan tentang sesuatu meliputi unsur-unsur yang sekaligus hadir dalam fikirannya walaupun tidak secara terperinci. Pengetahuannya itu, tentulah meliputi yang ada dan yang tiada, yang mendahului dan yang didahului serta waktunya, iaitu baru sahaja, 'tiada' kini 'ada'.

Semua itu termasuk dalam pengetahuan seseorang tentang suatu kejadian. Sebagai bukti, bila ditanya pada orang yang mengaku mengetahui suatu peristiwa, "Apakah anda hanya mengetahui unsur unsur yang mendahului peristiwa itu, apakah secara langsung atau apakah hal hal yang terjadi dan yang tidak terjadi? Seandainya orang itu menjawab: "Saya tidak tahu semua itu," sudah tentu ia berbohong. Jawapannya itu berlawanan dengan ucapannya, pada hal ia benar benar mengetahui peristiwa yang dimaksudkan.

Akibat tidak tahu tentang kenyataan, itulah yang menyebabkan timbul was-was dalam diri seseorang. Orang yang terkena penyakit was-was akan menyusahkan dirinya sendiri, iaitu berusaha menghadirkan dalam hatinya bermacam macam unsur pada masa yang sama. Seperti dalam contoh pertama ia mampu menghadirkan sifat sifat solatnya itu seperti "solat Zuhur yang dilaksanakan secara 'ada-an' dan juga tentang sifatnya sebagai solat yang difardhukan," cuba menghuraikan semua makna makna dan disertakan dengan lafaz: kemudian membayangkan semua itu dalam fikiran dan dalam hati. Sudah tentu suatu cara yang sudah dilakukan.

Dengan penjelasan tersebut di atas seseorang akan dapat mencegah niat yang was-was dalam hati. Caranya adalah menanam kesedaran akan kesanggupan taat kepada perintah Allah SWT. Bila wujud ketaatan kepada Allah di dalam hati maka hilanglah niat yang was-was iaitu dengan menyedari bahawa kemampuan taat pada perintah Allah SWT, dalam soal niat dapat diumpamakan (dimisalkan) dengan mentaati pada siapa pun selain Allah.

Imam Ghazali - Rahsia Hakikat Solat ms43


ke: Halaman Utama
ke: Artikel


Asma Ul Husna


Senarai Lengkap

Hadis:

Dari Abu hurairah r.a dari Rasulullah saw. sabdanya “Seekor semut menggigit seorang Nabi diantara para nabi-nabi, Lalu Nabi tersebut menyuruh bakar sarang semut itu, lalu dibakarlah. Kemudian Allah swt. mewahyukan kepadanya, “Hanya seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan suatu umat yang selalu membaca tasbih.”

Renungan:

Jaringan:

KeretaMayat Lawat
BicaraSufi.com Lawat
Halaqah.net Lawat
TubuhKosong Lawat