Malaikat Jibril bertemu Rasulullah SAW.

Daripada Saiyidina Umar r.a beliau berkata: Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada satu hari, tiba tiba muncul dihadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan kesan tanda musafir dan tidak seorang pun di kalangan kami mengenalnya.

Lalu dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha baginda seraya berkata: Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang Islam.

Lalu Rasulullah SAW bersabda: Islam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan Melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa dibulan Ramadhan, menunaikan Haji ke Baitullah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. Maka kami pun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya. Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang Iman.

Baginda bersabda: (Iman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepada Tentang Ehsan.

Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat.

Baginda bersabda: Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda tandanya. Baginda bersabda: (Antara tanda tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang orang miskin berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai "Umar! Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

- Hadis riwayat al-Imam Muslim, al-Tirmizi, al-Nasaa'ie, Abu Dawud, Ibn Majah, Ahmad.

Sumber: - Majalah AsShams



ke: Halaman Utama
ke: Artikel


Asma Ul Husna


Senarai Lengkap

Hadis:

Dari Abu hurairah r.a dari Rasulullah saw. sabdanya “Seekor semut menggigit seorang Nabi diantara para nabi-nabi, Lalu Nabi tersebut menyuruh bakar sarang semut itu, lalu dibakarlah. Kemudian Allah swt. mewahyukan kepadanya, “Hanya seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan suatu umat yang selalu membaca tasbih.”

Renungan:

Jaringan:

KeretaMayat Lawat
BicaraSufi.com Lawat
Halaqah.net Lawat
TubuhKosong Lawat