Ikhlas Dari Sebuah Kisah

Kesan ikhlas kepada Allah dan tidak ikhlas boleh dilihat dalam kisah berikut iaitu kisah yang berlaku kepada ahli ibadat ('Abid) zaman dahulu yang sepanjang panjang masanya adalah beribadat kepada Allah. Tetapi akhirnya terpadaya dengan Iblis. Selama dia ikhlas dia tidak dapat dikalahkan oleh Iblis tetapi setelah hilang keihklasannya dia tidak bertenaga langsung untuk melawan Iblis itu. Ceritanya ialah:

Pada suatu hari sekumpulan orang ramai telah datang kepada 'Abid ini memberitahunya yang disana ada sekumpulan manusia menyembah sebatang "pokok". 'Abid itu marah sekali dengan perbuatan itu lalu diambil kapaknya dan segera menuju ke pokok yang berkenaan dengan tujuan hendak menebangnya. Tetapi dalam perjalanannya Iblis yang mengambil bentuk/rupa seorang tua cuba menahannya.

Iblis : Ke manakah tuan hendak pergi?

Abid : Saya hendak menebang pokok itu.

Iblis : Kenapa begitu sekali hingga tuan meninggalkan tempat ibadat tuan dan datang sendiri menebang pokok ini. Apakah pentingnya sehingga tuan meninggalkan ibadat untuk menebang sendiri pokok ini?

Abid : Ini adalah sebahagian dari ibadatku.

Iblis : Aku tidak akan membiarkan engkau menebang pokok ini.

Lalu abid itupun terus berhempas dengan iblis itu. Dan dalam beberapa ketika sahaja Abid itu dapat menjatuhkan Iblis itu dan duduk di atas dadanya.

Iblis : Lepaskan aku dan berilah peluang kepada aku untuk bercakap.

Lalu Abid itupun melepaskannya.

Iblis : Hai tuan, sesungguhnya Allah telah melepaskan engkau daripada tugas ini. Allah tidak mewajibkannya kepada engkau supaya menebangnya. dan engkau pun tidak menyembahnya. Engkau pun tidak berkewajipan menahan orang lain? Ramai Nabi yang diutus oleh Allah dan di atas muka bumi ini dan kalau Allah kehendaki Allah boleh mengutuskan Nabi Nabi itu kepada mereka dan Nabi itu boleh memerintahkan mereka supaya menebangnya!

Abid : Walau macam manapun aku mesti menebangnya.

Sekali lagi berlaku pergelutan di antara 'Abid dan Iblis itu. Dan Iblis mengalami nasib yang sama. 'Abid dapat mengalahkannya dan duduk di atas dadanya. Apabila Iblis sedar yang dia lemah dan tidak mungkin dapat mengalahkan 'Abid dengan cara pergelutan itu, dia pun mencari helah. Dia tahu selagi 'Abid itu ikhlas kepada Allah dia tidak akan dapat mengalahkannya. Oleh itu dia cuba mengubah niat 'Abid itu.

Iblis : Untuk menyelesaikan kes ini apakah tuan bersedia menerima satu tawaran yang menguntungkan tuan dan memberi manfaat.

Abid : Apakah cadangan (tawaran) itu?

Iblis : Lepas aku dahulu supaya dapat aku beritahunya. lalu 'Abid itu melepaskannya.

Iblis : Engkau adalah seorang miskin yang tidak milik apa apa. Engkau pun mengharapkan yang engkau dapat membantu kawan kawan dan jiran engkau disamping engkau tidak perlu bergantung kepada orang lain.

Abid : Betul

Iblis ; Jadi, eloklah engkau hentikan niat hendak menebang pokok ini. Jika engkau berbuat demikian aku akan letakkan wang di kepala engkau sebanyak dua dirham setiap malam. Apabila engkau bangun di waktu pagi engkau boleh belanjakannya untuk diri engkau, keluarga engkau dan bersedekah kepada kawan kawan engkau. Bukankah itu lebih berfaedah kepada engkau dan kepada orang orang Islam daripada engkau menebang pokok ini. Dengan tidak menebang pokok itu engkau tidak menyakitkan hati penyembah penyembahnya. Lagipun menebang pokok itu tidak memberi apa apa keuntungan kepada orang orang islam.

Lantas 'Abid itu pun berfikir tentang kata kata orang tua itu. Kemudian dia mengakui yang cakapan orang tua itu (iblis) memang betul. Dia mula memikirkan yang dia tidak diwajibkan oleh Allah untuk menebang pokok itu. Oleh itu jika dia tidak menebangnya maka itu bukannya suatu kesalahan.

Disamping itu dia juga berfikir tawaran orang tua itu lebih berfaedah. Lalu dia pun menghulurkan tangannya kepada orang tua itu membuat perjanjian, Iblis sungguh sungguh berjanji dan bersumpah untuk menunaikan janji itu. Lepas itu Abid itupun kembali ke tempat peribadatannya. Dia tidur dan pada keesokan paginya dia mendapati ada dua dinar wang dikepalanya. Lalu diambilnya.

Demikian juga halnya dengan hari kedua. Tetapi pada hari ketiga dia tidak mendapati apa apa. Abid menjadi marah dan dia pun mengambil kapaknya menuju ke pokok berkenaan dengan tujuan hendak menebangnya. iblis menemui dalam bentuk/rupa seorang tua.

Iblis : Ke mana engkau hendak pergi?

Abid : Aku hendak menebang pokok itu.

Iblis : Engkau bohong, engkau tidak berdaya menebangnya. Abid pun cuba bergelut dengan orang tua itu dan dia yakin dia boleh menang seperti pergelutan kali pertama dan kedua dulu. tetapi dalam masa yang singkat saja Iblis itu dapat mengalahkannya dan dia tidak berdaya berbuat apa apa. Iblis memberi kata dua kepadanya sama ada memberhentikan perbuatan itu ataupun dibunuh. Abid itu mendongak ke atas dan berkata: Engkau telah mengalahkan aku, lepaskan aku dan bagaimana kali ini engkau dapat mengalahkan aku. kata Iblis kerana pada kali pertama engkau marah kerana Allah. Niat engkau ketika itu ialah untuk akhirat dan dengan itu engkau dapat mengalahkan aku dengan kekuatan Allah. tetapi kali ini engkau marah kerana wang dua dinar. Oleh itu aku dapat mengalahkan engkau.

Dipetik dari kitab:
- Min Sifat al-Di'iyah Oleh Ustaz Muhammah al-Sabbagh hlm 45
- Ibadah Dalam Membangunkan Insan Kamil Oleh Iskandar Zulkarnian hlm 16



ke: Halaman Utama
ke: Artikel


Asma Ul Husna


Senarai Lengkap

Hadis:

Riwayat Abu Daud: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Aku adalah sebagai penjamin yang memberi jaminan untuk seseorang memperolehi sebuah rumah di halaman syurga iaitu bagi orang yang meninggalkan perbuatan berbantahan sekalipun perbantahan itu benar, dan juga sebuah rumah di pertengahan syurga bagi orang yang meninggalkan perbuatan dusta sekalipun dengan tujuan bergurau senda, dan juga sebuah rumah di puncak syurga bagi orang yang memperbaiki akhlak dan berbudi mulia.”

Renungan:

Jaringan:

KeretaMayat Lawat
BicaraSufi.com Lawat
Halaqah.net Lawat
TubuhKosong Lawat