Cermin untuk melihat tanda...

PERANAN ilmu dan fadhilatnya, renunglah petunjuk berdasarkan saba Rasulullah saw yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikehendaki baik (khairan) oleh Allah swt maka Allah akan meluaskan pengetahuannya dalam hukum agama dan akan di ilhamkan-Nya petunjuk didalamnya."
Hadis tersebut bukan saja sebagai pedoman, bahkan jadi alat pengukur untuk mengetahui secara dasarnya, sama ada seseorang itu sebagai orang yang mendapat suratan kebajikan di tangan kanan (ahlul yamin) atau orang yang mendapat suratan kejahatan di tangan kiri (ahlus syimal) di akhirat kelak.
Hadis tersebut sebagai petunjuk untuk mengetahui sama ada diri sesorang jadi agen malaikat atau agen syaitan, sama ada akan seiring dengan Nabi saw ke syurga, atau sejalan dengan Firaun ke neraka.
Lihat dan pastikan sikap serta amalan diri sehari hari, adakah mempunyai kecenderungan untuk membetulkan segala perbuatan dengan kehendak agama atau sebaliknya.
Jika ada usaha membetulkan perbuatan dan tutur kata dengan kehendak Islam, maka is suatu tanda bahawa mereka sedang mendekati kepada kebajikan (khairan), seperti yang disebut dalam hadis Nabi saw di atas itu.
Jika tiada usaha dalam hidup sehari hari untuk membetulkannya, malah betul atau salah tidak sedikitpun menyentuh hati, jelaslah individu itu tergolong dalam kejahatan. Justeru itu tipislah harapan di dunia ini untuk akrab dengan malaikat, dan jauhlah dari menghidu bau syurga di akhirat kelak.
Tepuk dada sendiri tanyalah iman masing masing, berdasarkan penjelasan hadis tersebut. Jika tinggal solat atau melakukan maksiat tidak merasa berdosa atau bersalah kepada Allah swt, tidakkah itu bererti sedang menghampiri kawah neraka?
Sabda Rasulullah saw itu ibarat cermin untuk umatnya melihat wajahnya sendiri, dengan cermin itu mereka boleh melihat sama ada dirinya bakal menjadi ahli syurga atau ahli neraka.
Jika di hati seseorang mempunyai hasrat untuk mengkaji dan mendalami Islam, untuk membetulkan diri selaras dengan kehendak Allah swt, mudah mudahan hasrat itu mencerminkan bayangan dirinya sebagai ahli syurga.
Jika seseorang itu berhajat untuk menjadi ahli syurga, mereka perlu memahami hadis Nabi saw itu. Mereka perlu berusaha mendampingi majlis ilmu, sanggup tinggal anak isteri kerana menghadiri kuliah agama.
Hanya dengan cara itu kefahaman agamanya akan meningkat, dengan kefahaman yang tinggi itu semuga amalannya akan selaras dengan kehendak Allah swt.
Andainya seseorang berada di tangga itu bererti ada harapan menjadi insan yang baik di dunia dan untuk menjadi ahli syurga di akhirat kela. InsyaAllah.
Apabila seseorang itu dikehendaki oleh Allah untuk menjadi orang baik bukan saja mereka diberi kefahaman yang mendalam tentang ilmu agama, juga akan diilhamkan untuk memudahkan mereka mencari jalan yang betul.
Berhubung dengan ilmu itu, Rasulullah saw juga menegaskan melalui sabdanya yang masyhur bermaksud: "Sesungguhnya orang orang alim (ulama) itu adalah waris para nabi nabi."
Sesetengah orang merasa bangga jika mereka dari keturunan darah bangsawan dan seumpamanya, sayangnya kebanggaan itu sedikit pun tidak bernilai di sisi Allah swt. Sebaliknya yang mempunyai nilai di sisi Tuhan ialah jadi pewaris nabi.
Seseorang mungkin tidak mempunyai hubungan keturunan dengan Nabi saw tetap baginda saw memberi jaminan bahawa umatnya boleh menjadi waris para nabi sekiranya mereka menerima ajaran dan beramal dengan amalan yang ada pada Nabi saw.
Orang yang mempunyai ilmu dan amalan seperti yang dimiliki oleh para nabi itu, tidak lain ialah para ulama. Sebagai mana sabda Nabi saw yang bermaksud: "Sesungguhnya kami di kalangan para anbiya bila mati tidak meninggalkan dinar atau driham, sebaliknya kami meninggalkan ilmu dan hikmah."
Dinar dan dirham tidak bernilai di sisi para anbiya, justeru itu mereka tidak akan meninggalkan kekayaan yang tidak bernilai kepada para warisnya, yang berharga ialah ilmu pengetahuan.
Justeru yang menerima ilmu pengetahuan bersumberkan al-Quran dan sunnahnya, sama ada zuriat mereka atau sesiapa jua di kalangan umatnya, sesungguhnya itulah orang yang dikatakan waris para nabi.
Tidak kira apa jua bangsanya dan dari negeri mana asalnya, meski pun mereka hidup ribuan tahun selepas kewafatan Nabi saw, namun apabila telah diiktiraf sebagai warisnya, kelak mereka diletakkan seiring dengan para nabi di dalam syurga.
Di dunia ini ada orang merasa bangga sebab mereka keturunan raja raja dan seumpamanya, mereka akan mewarisi takhta pemerintahan atau kedudukan yang tinggal di dalam kerajaannya.
Namun tidak sama dengan kebanggaan yang dirasai oleh umat yang mewarisi ilmu pengetahuan dan hikmah, yang diakui oleh Nabi saw sebagai warisnya yang akan menikmati kebahagiaan syurga di akhirat kelak.
Semua telah maklum, bahawa tiada pangkat dan kehormatan yang lebih mulia di sisi Allah swt selain dari pangkat nabi. Tetapi tiada lagi nabi selepas Nabi Muhammad saw kerana baginda saw adalah nabi terakhir yang diutus Tuhan ke muka bumi ini.
Namun peluang yang masih terbuka kepada umat Muhammad saw ialah untuk menjadi waris para nabi. Dalam erti kata berusaha mempelajari ilmu pengetahuan berasaskan wahyu Ilahi dan mengamalkannya, sebagaimana yang diajar oleh Rasulullah saw.

Sumber: - Masjid Nurul HIdayah, Sungai Lokan


ke: Halaman Utama
ke: Artikel


Asma Ul Husna


Senarai Lengkap

Hadis:

Dari Abu hurairah r.a dari Rasulullah saw. sabdanya “Seekor semut menggigit seorang Nabi diantara para nabi-nabi, Lalu Nabi tersebut menyuruh bakar sarang semut itu, lalu dibakarlah. Kemudian Allah swt. mewahyukan kepadanya, “Hanya seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan suatu umat yang selalu membaca tasbih.”

Renungan:

Jaringan:

KeretaMayat Lawat
BicaraSufi.com Lawat
Halaqah.net Lawat
TubuhKosong Lawat