Takutlah Wahai Perempuan

Dan telah berkata Ali Karamallahu wajhah: Telah masuk aku kepada rumah Rasulullah, aku serta Fatimah, kemudian bertemu kami akan Rasulullah, menangis akan sempurna tangis, maka mengata aku baginya: "Apakah sebab menangis engkau, ya Rasulullah?" Kemudian Bersabda Rasulullah: "Ya Ali, diperjalankan aku pada suatu malam kepada langit, melihat aku akan perempuan umatku di azab mereka itu dalam neraka Jahannam dengan berbagai bagai azab, maka tatkala itu menangis aku kerana melihat sangat azab mereka itu.

  • Aku lihat setengahnya, digantung dengan rambutnya dan menggelegak benaknya atas kepalanya.
  • Dan setengahnya, digantung dengan lidahnya dan air hangat dituangkan pada mulutnya.
  • Dan setengahnya, di ikat kakinya kepada susunya dan dua tangannya kepada ubun ubunnnya dan mengerasi ular dan kala.
  • Dan setengahnya, digantung dengan susunya.
  • Dan setengahnya, kepalanya babi dan badannya badan himar (keldai) dan atasnya beribu ribu daripada azab.
  • Dan setengahnya, rupa anjing dan neraka masuk daripada mulutnya dan keluar daripada duburnya dan malaikat memalu kepala dengan tongkat besi.

Kemudian berdiri Fatimah Radhiyallahu anha dan berkata Fatimah : " dan apa dosanya mereka itu sebab azab demikian itu?"
Kemudian bersabda Rasulullah: "Hai anakku Fatimah! Adapun yang digantung dengan rambutnya itu ialah:

  • Perempuan yang tiada menutup kepalanya pada hadapan lelaki lain daripada suaminya.
  • Adapun perempuan yang digantung dengan lidahnya, adalah perempuan itu menyakiti hati suaminya dengan lidahnya.
  • Dan adapun perempuan yang digantung dengan susunya, perempuan yang berbuat maksiat dibelakang suaminya.
  • Dan adapun perempuan yang dipasakkan kakinya kepada susunya dan dua tangannya kepada ubun ubunnya dan mengerasi ular dan kala, adalah perempuan tiada mandi janabah dan bersenda senda dengan sembahyang.
  • Dan adapun kepalanya kepala babi dan badannya rupa himar(keldai), adalah perempuan itu mengada ngada kazib yakni banyak dusta.
  • Dan adapun perempuan atas rupa anjing dan nereaka masuk pada mulutnya dan keluar daripada duburnya, adalah perempuan buat hasung fitnah dan dengki.

Maka bersabda Rasulullah Shallallahu alaihi wasallam: " Hai anakku, sangat celeka perempuan yang derhaka akan suaminya"

Sumber: - Dinukil dari Kitab Kasyfu Al-Asrar


ke: Halaman Utama
ke: Artikel


Asma Ul Husna


Senarai Lengkap

Hadis:

Dari Abu hurairah r.a dari Rasulullah saw. sabdanya “Seekor semut menggigit seorang Nabi diantara para nabi-nabi, Lalu Nabi tersebut menyuruh bakar sarang semut itu, lalu dibakarlah. Kemudian Allah swt. mewahyukan kepadanya, “Hanya seekor semut yang menggigitmu, lalu engkau musnahkan suatu umat yang selalu membaca tasbih.”

Renungan:

Jaringan:

KeretaMayat Lawat
BicaraSufi.com Lawat
Halaqah.net Lawat
TubuhKosong Lawat